SREENEVASAN

Kami berpegang kepada nilai-nilai asas. Pelanggan mahukan penyelesaian yang praktikal. Pelanggan memerlukan penjagaan yang khusus. Pelanggan akan mendapat kelebihan daripada peguam yang mempunyai pemikiran yang jelas, seni penguasaan dan keupayaan untuk menyampaikan idea. Anda akan mendapati semua ini di Sreenevasan.

Sreenevasan ditubuhkan pada tahun 2002, dengan wawasan untuk memberikan perkhidmatan dan mengejar kecemerlangan. Ia diterajui oleh Ambiga Sreenevasan dengan sokongan rakan kongsinya, Janini Rajeswaran dan Shireen Selvaratnam. Bersama-sama, mereka mengetuai pasukan pengamal undang-undang yang berpengalaman, dengan kemahiran litigasi yang kukuh.

Sreenevasan menunaikan kehendak pelanggan yang mencari kepakaran dalam perkhidmatan undang-undang dan penyelesaian masalah strategik. Gabungan pengalaman dan komitmen mereka kepada penyelidikan undang-undang membolehkan mereka berada di barisan hadapan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Disokong oleh kerja keras dan integriti, Sreenevasan menunaikan janjinya untuk memberikan penyelesaian yang inovatif dan khusus.

Sreenevasan mempunyai hubungan dengan firma undang-undang terkenal di seluruh dunia. Ini memberi kelebihan kepadanya untuk memastikan kepentingan pelanggan mereka dilindungi sepanjang masa, sekiranya timbul keperluan yang membabitkan pelbagai bidangkuasa dan penyelesaian pertikaian yang merentasi sempadan.

Bidang Kepakaran

  • Undang-Undang Pentadbiran & Awam
  • Penyelesaian Pertikaian Alternatif
  • Penimbangtaraan
  • Perbankan & Kewangan
  • Kemuflisan
  • Kebebasan Awam & Hak Asasi Manusia
  • Litigasi Sivil
  • Litigasi Komersial
  • Undang-Undang Pembinaan
  • Undang-Undang Korporat
  • Fitnah
  • Pekerjaan
  • Insolvensi
  • Insurans
  • Harta Intelektual
  • Undang-Undang Tanah
  • Pertikaian Perkongsian
  • Liabiliti Produk
  • Sekuriti
  • Pentadbiran Wasiat, Amanah & Harta Pusaka